Program Jelajah Kepemimpinan II 2011
Pada 28 April hingga 1 Mei 2011, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Kota Bharu telah mengadakan Jelajah Kepemimpinan di IPG dan universiti sekitar Kuala Lumpur. Jelajah ini bertujuan untuk mendedahkan kepada JPP IPG KKB tentang aspek pengurusan dan pentadbiran JPP/MPP dari pelbagai institut pengajian tinggi yang lain serta merapatkan lagi ukhwah yang terjalin antara JPP IPG KKB dan juga JPP/MPP IPG dan universiti. Kami tiba di IPG Kampus Pendidikan Islam pada jam 4.00 pagi, 29 April 2011. Pada jam 8.30 pagi, sesi diskusi pertama dimulakan bersama-sama dengan JPP IPG KPI.
Barisan JPP IPG KKB dan JPP IPG KPI
Pensyarah Penasihat JPP kedua-dua IPG.
Gembira...
Pensyarah Penasihat sedang berucap
Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Universiti Kebangsaan Malaysia untuk membincangkan topik "Kompetensi Mahasiswa Dalam Memenuhi Pasaran Kerjaya". Kedua-dua belah pihak berjaya mengutarakan hujah-hujah yang konkrit untuk menghangatkan perbincangn isu tersebut. Alhamdulillah, perkongsian ilmu ini dapat mengembangkan pemikiran ahli-ahli JPP dengan mengutarakan hujah-hujah yang bernas.
Kemudian, kami teruskan perjalanan ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Di sini, kami membincangkan pula tentang "Transformasi Sahsiah dan Akademik Menjana Kecemerlangan Mahasiswa". Sebagaimana yang kita sedia maklum, sememangnya sahsiah dan akademik ini bergerak seiring untuk melahirkan mahasiswa yang kompeten. Jadi, tajuk ini memang sangat bernas untuk diperbahaskan bersama. Semasa perbincangan ini berlangsung, barisan JPP IPG KKB tidak kering gusi melihat karenah Naib Yang Dipertua MPP UNITEN, saudara Mahlil berucap. Beliau menyampaikan hujah-hujah yang bernas dengan cara beliau tersendiri menyebabkan kami terhibur pada petang tersebut.
Mahlil berjaya memikat audiens pada petang tersebut
Lucu...
Asraff mengajukan soalan kepada MPP UNITEN.
Degotetso Matema... Antara ahli MPP UNITEN paling popular di sana
Penyampaian cenderahati
Sesi fotografi
Pada malam hari tersebut, kami telah mengadakan diskusi serumpun bersama-sama dengan JPP IPG Kampus Pendidikan Ilmu Khas dan JPP IPG Kampus Bahasa Antarabangsa. Diskusi tersebut membincangkan tentang hala tuju JPP IPG masing-masing. Alhamdulillah, walaupun hanya tiga IPG dipertemukan, namun sedikit sebanyak dapat membincangkan tentang penubuhan Majlis Perwakilan Pelajar untuk seluruh IPG Malaysia. Semoga matlamat tersebut dapat digapai dengan jayanya.
Pada keesokan harinya iaitu pada 30 April 2011, kami teruskan perjalanan kami dengan mengadakan lawatan ke Kompleks Seri Perdana. Pada jam 4.30 petang, kami bergerak pula ke Malaysia Multimedia University (MMU). Di sana kami disambut dengan baik oleh MPP MMU tersebut.
Pada malam terakhir kami berada di Kuala Lumpur, kami meneruskan Program Jelajah Kepemimpinan ini dengan mengadakan sesi diskusi bersama MPP Universiti Malaya. Kami membincangkan topik "Peranan Mahasiswa Dalam Masyarakat: Realiti atau Retorik". Perbincangan pada malam tersebut dapat mendedahkan kepada ahli JPP IPG KKB bahawa peranan mahasiswa dalam masyarakat selain daripada hanya menghadiri kuliah.
Akhir kata, Program Jelajah Kepemimpinan ini dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan JPP IPG KKB dan JPP/MPP institusi pengajian tinggi yang lain. Program ini juga dapat membentuk diri menjadi pemimpin yang rasional, bertanggungjawab, inovatif, kreatif dan berwawasan serta mampu menangani cabaran semasa menjalankan tugas.