Sunday 8 May 2011

Lawatan Muhibbah Exco Ekonomi dan Keusahawanan JPP IPG Kampus Pendidikan Islam ke IPG Kampus Kota Bharu




Antara Exco JPP KPI yang hadir



Kota Bharu - Pada 6-8 Mei, IPG Kampus Kota Bharu telah menerima kunjungan daripada Exco Ekonomi dan Keusahawanan JPP IPG Kampus Pendidikan Islam bersempena program Lawatan Muhibbah. Rombongan IPG KPI tiba di bumi IPG KKB pada jam 4.00 pagi dan disambut oleh JPP IPG KKB. Seramai 39 orang guru pelatih dan 2 orang pensyarah pembimbing telah hadir untuk mengadakan lawatan ini.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah perlawanan persahabatan futsal, bola jaring dan bola tampar antara Exco JPP IPG KPI dan JPP IPG KKB. Kemudian, Exco JPP IPG KPI meneruskan aktiviti dengan mengadakan lawatan ke pusat keusahawanan di sekitar negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Sepanjang lawatan Exco JPP IPG KPI ke IPG Kampus Kota Bharu telah merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara kedua-dua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Semoga ikatan ukhwah berterusan dalam menjana pembangunan guru pelatih di kampus. Pihak JPP IPG KKB mengucapkan sekalung penghargaan atas kesudian JPP IPG KPI membuat lawatan ke IPG KKB. - JPP IPG KKB Share

No comments:

Post a Comment