Saturday, 14 May 2011

Diskusi bersama Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia

Pada 15 Mei 2011, telah diadakan diskusi ilmiah bertajuk "Mahasiswa Sebagai Bakal Negarawan" antara Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Kota Bharu bertempat di bilik gerakan IPG KKB. Tujuan diskusi ini diadakan adalah bersempena lawatan balas kepada JPP IPG KKB yang telah mengadakan Jelajah Kepemimpinan di UKM tempoh hari. 

Diskusi ini bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam. Antara perkara yang dibincangkan oleh ahli-ahli JPP IPG KKB dan PMUKM ialah bagaimana untuk membentuk mahasiswa sebagai negarawan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, mahasiswa merupakan bakal negarawan yang akan menggantikan tampuk pemerintahan sedia ada. Jadi, mahasiswa perlu menerapkan diri dengan nilai-nilai murni serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. 

Diskusi seperti ini mampu menjana pemikiran logik, intelektual serta mampu menajamkan pemikiran setiap     mahasiswa. Jadi, diharapkan agar diskusi seperti ini dapat diadakan pada masa akan datang.







Sunday, 8 May 2011

Lawatan Muhibbah Exco Ekonomi dan Keusahawanan JPP IPG Kampus Pendidikan Islam ke IPG Kampus Kota Bharu




Antara Exco JPP KPI yang hadir



Kota Bharu - Pada 6-8 Mei, IPG Kampus Kota Bharu telah menerima kunjungan daripada Exco Ekonomi dan Keusahawanan JPP IPG Kampus Pendidikan Islam bersempena program Lawatan Muhibbah. Rombongan IPG KPI tiba di bumi IPG KKB pada jam 4.00 pagi dan disambut oleh JPP IPG KKB. Seramai 39 orang guru pelatih dan 2 orang pensyarah pembimbing telah hadir untuk mengadakan lawatan ini.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah perlawanan persahabatan futsal, bola jaring dan bola tampar antara Exco JPP IPG KPI dan JPP IPG KKB. Kemudian, Exco JPP IPG KPI meneruskan aktiviti dengan mengadakan lawatan ke pusat keusahawanan di sekitar negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Sepanjang lawatan Exco JPP IPG KPI ke IPG Kampus Kota Bharu telah merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara kedua-dua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Semoga ikatan ukhwah berterusan dalam menjana pembangunan guru pelatih di kampus. Pihak JPP IPG KKB mengucapkan sekalung penghargaan atas kesudian JPP IPG KPI membuat lawatan ke IPG KKB. - JPP IPG KKB

Saturday, 7 May 2011