Pada 15 Mei 2011, telah diadakan diskusi ilmiah bertajuk "Mahasiswa Sebagai Bakal Negarawan" antara Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Kota Bharu bertempat di bilik gerakan IPG KKB. Tujuan diskusi ini diadakan adalah bersempena lawatan balas kepada JPP IPG KKB yang telah mengadakan Jelajah Kepemimpinan di UKM tempoh hari.
Diskusi ini bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam. Antara perkara yang dibincangkan oleh ahli-ahli JPP IPG KKB dan PMUKM ialah bagaimana untuk membentuk mahasiswa sebagai negarawan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, mahasiswa merupakan bakal negarawan yang akan menggantikan tampuk pemerintahan sedia ada. Jadi, mahasiswa perlu menerapkan diri dengan nilai-nilai murni serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.
Diskusi seperti ini mampu menjana pemikiran logik, intelektual serta mampu menajamkan pemikiran setiap mahasiswa. Jadi, diharapkan agar diskusi seperti ini dapat diadakan pada masa akan datang.
Share
No comments:
Post a Comment